Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Duhai bakal suamiku..Tak pernah jemu aku menunggu kehadiranmu dalam hidupku,
Tak pernah putus ku berdoa,moga ALLAH segera menemukan kita,Aku tahu dirimu juga sedang berdoa,
Aku tahu dirimu juga sedang berusaha mencariku,
Aku tahu dirimu juga sedang merinduiku..
Duhai bakal suamiku..Aku harap,Selepas kita bertemu,Hatiku terpaut setia padamu,Begitu juga denganmu terpaut setia padaku,Ku harap pertemuan kita diredhai,Seterusnya dihalukan ke jalan cinta kerana Ilahi,Membina mahligai cinta di dunia,Yang dapat kekal sampai ke syurga-Nya..
Ku harap hubungan kita direstui oleh ayah bunda,
Ku harap urusan jodoh kita dipermudahkan..
Apabila kau dan aku sudah disatukan,Ku harap kau menjadi suami soleh,
Suami yang dapat membimbingku ke jalan-Nya,
Suami yang penyayang dan setia,Suami yang sabar dengan kerenahku dan putera puteri kita,
Suami yang penuh tanggung jawab,Suami yang sempurna di mataku..
Duhai bakal suamiku..Aku ini kuat cemburu,Aku ini terlalu manja,Aku mahu kau sentiasa disisiku,Aku mahu kau setia bersamaku,Aku mahu kau menjadi milik mutlak aku dan anak-anak,Aku akan berusaha memberi yang terbaik untukmu,Makan minummu,Pakaianmu dan lenamu,Kesihatanmu,Aku akan menjagamu dengan sebaik-baiknya..~InsyaAllah~
Andai aku tidak memuaskan hatimu,Tegurlah dengan lemah lembut,Belailah aku dengan kasih sayang,
Hargailah aku sebagai seorang perempuan,Hargailah aku sebagai ibu kepada anak-anakmu..
Aku tetap terus menunggumu,Aku tetap terus merinduimu,
Segeralah hadir dalam hidupku
Permudahkanlah urusan jodohku Ya ALLAH..Hanya Kau yang mengetahui isi hatiku..

No comments:
Post a Comment