JellyPages.com

Wednesday, December 19, 2012

MENANGISLAH KARENA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat ...Tangiskanlah air matamu hanya karena ALLAH, Janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi..

Menangislah kerana takut akan azab neraka jahannam, aPabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi dan tulang.

Menangislah kerana keadaan di padang mahsyar kelak, aPabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang,Melalui perjalanan beribu tahun lamanya.

Menangislah kerana keadaan di dalam kubur kelak, aPabila tujuh langkah berlalu Munkar dan nankir datang menyeru....

Sediakah kita dengan jawabannya?

Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang, Leka dengan arus duniawi, tenggelam dibuai dosa dan zina..

Menangislah kerana mengharapkan keampunan ALLAH, Menangislah kerana cinta dan rindu yang menggunung pada-Nya, Menangislah wahai Insan.....Kerana mata yang tidak menangis adalah mata bagi Orang-orang yang hitam hatinya.

Salam santun salam ukhuwah fillah..

No comments: